Monday, February 28, 2011

abis dh...... hmm...

Asalamualaikum...


ari nie ilanglah prhubngan ngan ex-D aq...hmm..sdey mmg sdey...tp kita x leh lwan kuasa Allah tul x...
pabila Dia kta "kunfayakun" maka suma yg Dia nk kan jd...so kita x leh wat pe2 la...more over suma yg kita ada, trmasuk bdn, harta bnda, ksihatan n suma bnda yg ampa leh pikirkan, suma milik Allah. Cuma Dia bgi kta kbebasan utk mmilih jln yg kita nk. Aduhh...dh cam tzkirah dh...hehehe..


Aq actually x ska gtaw msalah aq KECUALI org yg aq knal rpat ngan aq. So aq x nk la nk wat sdey2 lg kat blog nie....huhu..


Camna pon...idup msti d truskan!!! Hahahaha!!


I'm serious...mmg xnak pikir dh psal nie...huhu


Camna pn, spa yg trlibat 2 - H&M -
selamat bhagia... ^_^


well............z..z...z...z..z.....HOI!!!!!! TIDOQ KA!!! (gilerr...ckp sorang2..huhu)


oppsss....sori...hehe...
actually aq mmg tul ltih, sbb......
sbb esok ari yg ceria!!! 


huhu...nk p ilang tnsion aq...haha..alhamdulillah...
(spa kta clash 2 x tnsion?? meh aq trajang sket kat dia..)


tnsion2 pn, aq x la nk jdi mcm kassim slamat...mmg xkan slamat pnya...hahaha...


k la...for who viewing my blog, thanx..
aq nk tamatkan post ari nie dngan ucapan...


nunite!!


meh aq nyanyi sket...


this is from FT!!! huhu...luv his song..


Selamat Malam - FT~~~~


biarkan berlalu,
semua kepedihanmu,
lelapkan matamu,
biarkan mimpi membawamu kemana kau mahu,
selamat malam, tidoq la...huhu


d sini sja...
Asalamualaikum...


                    

Untuk Renungan Bersama

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu
akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan
ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam
keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah
penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya.
Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal
penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala
dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya." (Muttafaq 'alaih)

Friday, February 25, 2011

Asalamualaikum! ya maulana!

Esok, lusa, tulat(jgn smpai brulat sdah)...suma kekawan aq mnanti dgn dbaran d ati...huhu
haha...tp ari nie bkn nk mnyedihkan ari...xtaw la...bla aq berblogging nie...idup tenang owhhh...ilang suma 10sion suma2..

haha..ari nie aq try tngok blog liyana ross...mula2 ok la...pastu duk mai la "imposible...imposible...imposible..." dn strusnya...haha..10sion kot duk dngaq(liyana jgn duk mrah...bkn nk kutuk, tp kritik sket je..)

pastu aq tngok la blog si az-1 nie...bla duk bca2..aq trtngok phrase nie "Masuk belog org, tgk org snap gambar cantek2, jelez lak aku tgk.. yela, org pn cantek, baju cantek, camera cantek.. suma cantek la senang!! haishh! marah den nie hoooa! aku nie da la bermusimkan duit tak de.." haha...utk az-1, aq pn duk rsa cmtu...no worry, u are not alone my fwen...huhu..

actually aq tringat 1 ayat "lgi kita bnyak duit, lgi bnyak kmahuan kita"...yes..mmg btoi pn..
sjak ada duit nie, bnyak je aq nk bli...tp kna sabar je la kan..

k la...as Salam!
hav a gud day/nite... :-)

Wednesday, February 23, 2011

Impian aq... ^_^

asalamualaikum!

ari nie aq nk share sket psal brang2 yg aq ska..
mula2, fon baru..>_<
 jeng...jeng..jeng...

mybe dpn dia x smart...tp blkang dia cun la..huhu



mybe aq nie sorang yg kurang reti men gitar...
tp...wallaweiii...
check this out..

cantik giler gitar bass nie...
ingat nk bli...huhu..tp aq bru ja tngok..rm699
x mampu kot...bnyak leh gna ngan duit cmtu..

mybe dua2 bnda nie aq btui2 nk..
tnggu je msa...

Tuesday, February 22, 2011

Asalamualaikum!

ya habibi, ya maulana...

huhu...trdduknya kita ari ini(mna ada owg men pc brdiri...) utk mngingatkan agar bnyak la solat hajat, klau leh jgn tnggalkan yg wjib, istifar krana istifar ada slah 1 cra utk cpatkan hjat kita n tmbahkan amalan2 sunat...

rsa2 sbb pa aq duk mmbebel kat sini????

haaa...bgi suma batch cam aq, I wish u all the best 4 you'll rsult..insyaAllah...
jgn tkut, jgn gntar...bnda 2 suma akan lalui...just follow the flow...

2 my friend, D, geng2 suma...aq nk mntak maap pda suma klau aq ada(rsa2 ada...hehe) wat slah dan silap spnjang prtemuan kita...hope u got what u wanted...insyaAllah..

Monday, February 21, 2011

Camna nie??!!! (O_O)

Asalamualaikum pda suma2...


Sejak aq bru wat blog bru nie, rsa2 blum lgi aq mrapu dlm blog aq nie...huhu...ari nie aq appy gak r...sbb???


haaa...nie yg aq nk ceta nie sket~~


sbb, aq duk sorang kat tmpat keja aq...melengung la aq p dr zaman silam smpai la p future..
haha...siot x aq nie...


ntah la...aq ingt blik cmna aq ngan awek aq dlu (D) -spa yg xtaw jgn duk mreka2 nma yg x ptut...(=.=")~~ ok2...kita smbung blik ceta...leh kta best gak (bkn best gak...mmg best p0n). Pastu, bla...bla...bla...abis...hahaha


Actually aq mmg xnak gtaw pn..biaq owg yg taw je taw sjarah nie...nma pn sjarah...sbb 2 aq kureng sket...klau math ke, bm ke[biar btul ko nie? (o_O)], ok gak...huhu
cmna pn insyaAllah...slagi ada kkuatan[cewah!] aq cuba bina blik pe yg dh rboh...amin~~


P/S: Klau leh, (D) jgn bca k...mlu~~ >_<



Sunday, February 20, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

[B]Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?[/B]

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

[B]Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?[/B]

Saturday, February 19, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya [B]adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu[/B]. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian  sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah  akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah  perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik  sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita  yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang  sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem),  sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan  serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang  sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih  couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka  tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang  memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya  sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya.  Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang  tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang  terbaik mahu antum ikuti.

[B]Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri[/B]. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal,  hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk  diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah  suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

[B]Melamar secara direct[/B]

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima  berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut  ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; [B] sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut[/B].

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya  kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika  bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu  syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan  terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, [B]bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita[/B].

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. [B]Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita[/B].

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah,  namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan  bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara  direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada  ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

[B]Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.[/B]

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

[I]' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'[/I]

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah  yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada  hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada  nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level  dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada  yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah  dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang  lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan  dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya  syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,[B] pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah[/B].

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah  keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu  menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah  dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap  langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu  sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat  keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta  manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan  kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat.  Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan  dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda  tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat  sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya  kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa  comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit  kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan  hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas  jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, [B]jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu[/B] (ini jika pinangan itu [I]direct[/I] padamu). Walaupun cara itu salah dan  tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai  ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu  kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa  merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara.  Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati  kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para  ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut  dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan  cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin  dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan  perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya  orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan  peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada  yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita  dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya  sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang  mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

[B]Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.[/B]

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

[B]Jadilah moderate dalam prosesnya[/B]

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah.  Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di  dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu  bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan  kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran,  segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

nape ska ckp blakang??? =_="

Saya menerima sebuah e-mel daripada seorang sahabat. Sharifuddin menceritakan  keadaan warga syarikatnya yang tidak sampai 10 orang itu hendak  berhenti kerja secara beramai-ramai.
Puncanya kerana dia hanya memberi  bonus sebulan gaji kepada kakitangannya.
Saya hairan kerana setahu saya,  syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula  beroperasi.Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya  hendak memberi bonus?

"Aku pernah bersembang dengan seorang staf,  niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak  cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji.  Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti  kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang  jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam  sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai."

Alhamdulilah  kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil  itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat  dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan.

Bagaimana pula kita yang  bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau  kampung yang besar?

Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu  datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang  mana satu yang benar dan yang mana salah.

Yang bahayanya, berita itu  tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga  kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah  mempercayainya.

Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap  kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap  belakang-belakang.

Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara  tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan  terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa  jua khabar.
Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara  pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan  intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar  dan gerak geri yang dramatik.

Sudah tentunya penyampaian yang sebegini  akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga  akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.

Kerana itu,  di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana  kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan  pangkat.

Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana  kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian  kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai  lalang.

Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada  yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.

Mengapa  pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia  terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka  yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan.

Kita malas untuk berfikir  sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah.

Lagipun, kita segan  untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si  penyampai berita.

Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak  mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita  yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah.

Oleh  kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang  salah akan menghasilkan keputusan yang salah.

Sepatutnya, apabila  kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan  ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai.

Dengan  maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk  memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber  asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani  memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.

Dalam pada  kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita  terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya.

Ini boleh terjadi  jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu  mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya.

Oleh kerana  hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang  kita rasa logik.

Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?